Jom Berkenalan ! ;)
Surah Al-Mulk mengandungi 30 ayat dan diturunkan selepas Surah At-Tuur. Nama Al-Mulk diambil dari perkataan "Al-Mulk'' yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang membawa maksud kerajaan atau kekuasaan. Surah ini juga dinamakan dengan surah At-Tabarak yang bermaksud Maha Suci.
Apa Isi Kandungnya ?
Antara kandungan dalam surah ini ialah penjelasan mengenai hidup dan mati bagi manusia. Allah menciptakan langit berlapis-lapis dan semua ciptaan-Nya mempunyai keseimbangan. Selain itu, surah ini mengandungi perintah Allah untuk memerhatikan isi alam semesta yang luas lagi indah ini, azab yang diancam kepada orang-orang kafir dan janji-janji Allah kepada orang Mukmin. Di samping itu, surah ini menjelaskan mengenai Allah menjadikan bumi sedemikian rupa hingga mudah bagi manusia untuk mencari rezeki serta peringatan Allah kepada manusia tentang sedikitnya dari kalangan manusia yang bersyukur akan nikmat Allah.
Banyak tak fadhilatnya ?
Surah Al-Mulk ini mempunyai banyak fadhilatnya, kawan-kawan! Baik dari segi surah itu sendiri atau dari segi pahala yang besar dan sebagainya. Antara fadhilatnya ialah ;
1. Surah Al-Mulk memberi syafaat.--> Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya ada satu surah dari Al-Quran yang terdiri daripada 30 ayat yang dapat memberi syafaat kepada seseorang sehingga dia diampuni iaitu surah Al-Mulk".
2. Penghalang dari seksa kubur.--> Daripada hadis riwayat Tarmizi; "Daripada Ibnu Abbas beliau berkata: Pernah sebahagian sahabat Nabi memasang khemahnya di atas sebuag kubur. Dia tidak menyangka bahawa itu adalah tanah perkuburan. Tiba-tiba terdengar seseorang membaca surah At-Tabarak sehingga selesai. Maka dia datang kepada Nabi dan berkata "Wahai Rasulullah, aku memasang khemahku di atas kubur, aku tidak menyangka itu tanah perkuburan, tiba-tiba ada seorang lelaki membaca surah At-Tabarak sehingga selesai. Kemudian Rasulullah bersabda; "Surah itu adalah penyelamat yang menyelamatkannya dari seksaan kubur"
3. Dapat menolak fitnah.--> Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud "Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk pada setiap malam, nescaya katika dia mati tidak akan terkena bahaya beberapa fitnah"
Banyak lagi fadhilatnya! Apa tunggu lagi? Marilah kita sebagai umat Islam yang sejati, mengamalkan Surah Al-Mulk yang suci dalam kehidupan sehari-hari. Wassalam <3
Beritahu pada Muslimah itu,Dirinya itu ibarat kaca;Disentuh terguris,Dihempap berkecai.
Beritahu pada Muslimah itu,Jaga tutur katanya;Cakap tinggi nanti dibenci,Terlalu rendah dipijak pula,Cakap sombong mengundang lawan,Hati-hati meluah kata.INGATLAH,Kerana santan pulut binasa,Kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada Muslimah itu,Jaga tingkah lakunya;Harga diri terletak disitu,Jangan meluru mengikut nafsu,Sesekali tersilap langkah,Akan selamanya dihukum,Keturunan dicerca payah,Menyesal kemudian tiada faedah.
Beritahu pada Muslimah itu,Jaga etika pakaiannya;Ia cermin peribadi,Jaga lambang bangsa, Biar dimana kita pergi,Orang tahu kita Islam.
Beritahu pada Muslimah itu,Jangan lupa simpan secebis malu,Kerana malu itu sebahagian daripada iman,Tetapi malu biarlah bertempat :)
Salam ingatan tanda ukhwah fillah ;>
Semuanya kerana Ibu
Comes your MOTHERWho next? Your MOTHERWho next? Your MOTHERAnd then your FATHER
Aku lahir dari perut ibu..(bukan kata orang, tapi memang benar!)Apabila aku dahaga, yang susukan aku...ibuApabila aku lapar, yang menyuapi aku...ibuApabila sendirian, yang selalu disampingku...ibuKata ibu, perkataan pertama yang aku sebut...ibuApabila bangun tidur, aku cari...ibuApabila nangis, orang pertama yang datang...ibuApabila ingin bermanja, aku dekati...ibuApabila ingin bersandar, aku duduk sebelah...ibuApabila sedih, yang hanya dapat menggembirakan hatiku hanya...ibuApabila nakal, yang memarahi aku...ibuApabila merajuk, yang memujukku cuma...ibu
Aku selalu teringatkan...ibuApabila senang, orang pertama aku nak beritahu...ibuApabila marah aku suka luahkannya pada...ibuApabila takut, aku selalu panggil..."Ibuuuuuuuuuu!"Apabila sakit, orang paling risau adalah...ibu
Apabila aku ingin berpergian, orang yg paling sibuk juga...ibuYang masih peluk dan cium aku sampai hari ini...ibuYang selalu masak makanan kegemaranku...ibuYang selalu menyimpan & menguruskan barang-barang ku...ibuYang selalu memuji dan menasihati aku...ibuApabila aku ingin menikah, orang pertama aku datangi dan minta persetujuan...ibu
Aku ada pasangan hidup aku sendiri...Apabila senang, aku cari...pasangankuApabila sedih, aku cari...ibuApabila gagal, aku ceritakan pada...ibuApabila aku bahagia, aku peluk erat...pasangankuApabila berduka, aku peluk erat...ibukuApabila ingin berlibur, aku bawa...pasangankuApabila aku sibuk, aku hantar anakku ke rumah...ibu
Selalu...aku ingat pasangankuSelalu...ibu ingat akuSetiap saat...aku akan telefon pasangankuEntah bila...aku ingin telefon ibuSelalu...aku belikan hadiah utk pasangankuEntah bila...aku ingin belikan hadiah utk ibuku
Renung-renungkan:"Kalau kau sudah habis belajar & bekerja, masih INGATKAH kau pada IBU lagi?Tidak banyak yang ibu inginkan...Hanya dengan MENYAPA ibu pun cukuplah"