Tuesday 3 April 2012

(Sifat Muslim Yang Sejati) الصفات صحيح المسلم

      "Di dunia ini, ramai orang yang mengaku muslim, bahkan mengaku sebagai muslim sejati, namun Allah tidak mengakui keimanannya kerana orang tersebut tidak mencerminkan dirinya sebagai muslim yang sebenar-benarnya. Di dalam Al-Quran, Allah tidak mengakui keimanan seseorang ketika keperibadiannya tidak mencerminkan sebagai seorang muslim yang sejati. 

      "Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian: padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman."  (2:8)

      Terdapat lebih kurang 5 ciri peribadi seseorang muslim sejati yang harus ada pada diri kita.

1. Bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya.

      Taqwa merupakan kunci kemuliaan seseorang muslim sejati yang akan terus memperkukuh dalam hidupnya. Apabila taqwa telah berjaya diperkukuh, pasti dia akan selalu siap menghadapi kematian dalam keadaan tunduk dan patuh pada Allah SWT. Keadaan inilah yang memang diharapkan Allah kepada kita sebagaimana firman-Nya:

"Hai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sampai kamu mati dalam keadaan berserah diri kepada Allah     (3-120)

       Taqwa sebagaimana dalam pengertian yang telah disepakati oleh para ulama adalah dengan melaksanakan perintah Allah  dan meninggalkan larangan-Nya, baik dalam keadaan sepi mahupun ramai. Dengan demikian, bertaqwa harus kita buktikan dalam apa-apa keadaan dan di mana-mana sahaja kita berada.

2. Berusaha masuk ke dalam Islam secara kaffah.

      Ertinya, muslim sejati tidaklah hanya menyesuaikan diri dalam satu aspek, tetapi dalam seluruh aspek dalam kehidupannya akan terus diusahakan sesuai dengan ajaran Islam. Kerana itu, dalam berbagai aspek kehidupan tidak akan ditempuh cara-cara yang bukan Islam, tidak akan dipenuhi keinginan-keinginan syaitan, tetapi yang dipenuhinya hanyalah keinginan Allah SWT.

3. Diwarnai dengan nilai Ilahi (shibghah).

      Setiap muslim haruslah selalu berusaha menjalani hidup sesuai dengan ketentuan Allah dan  rasul-Nya.

4. Istiqamah atau teguh dalam pendirian.

      Sikap ini sangat penting untuk dimiliki. Menjadi muslim sejati bukanlah amat mudah. Banyak tentangan dan godaan yang harus dihadapi dan semua itu hanya dapat dihadapi dengan istiqamah. Dengan sikap istiqamah, seseorang tidak hanya akan berani menghadapi kemungkinan mendapatkan risiko akibat keimanan dan keislamannya, tapi juga tidak akan berduka cita apabila risiko itu betul-betul menimpa dirinya.

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tidak pula berduka cita   (46:13)

5. Tawazun (keseimbangan hidup).

      Seseorang muslim tidak hanya ementingkan urusan duniawi, tapi melupakan urusan ukhrawinya (urusan akhirat) atau sebaliknya, iaitu mementingkan kehidupam ukhrawi (akhirat) saja tapi melupakan urusan duniawinya. Segala yang dilakukan didunia ini semuanya tidak boleh dipisah-pisahkan menjadi urusan dunia sahaja atau urusan akhirat sahaja.

      Seorang muslim yang bertawazun memiliki hubungan hidup yang erat antara dunia dan akhirat. Ini merupakan pengalaman dalam firman Allah:

"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepada kebahagiaan negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu dari kenikmatan duniawi. Dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.

      Keseimbangan hidup merupakan sesuatu yang amat penting . Manakala seorang muslim yang tidak bertawazun maka akan menjadi tempang dan hidup yang tidak terkendali yang akhirnya berlaku kerosakan di bumi baik kerosakan lingkungan hidup mahupun kerosakan moral sebagaimana yang kita rasakan akibatnya selama ini.