Wednesday 4 April 2012

Surah Al-Mulk سورة الملك




Jom Berkenalan ! ;)

Surah Al-Mulk mengandungi 30 ayat dan diturunkan selepas Surah At-Tuur. Nama Al-Mulk diambil dari perkataan "Al-Mulk'' yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang membawa maksud kerajaan atau kekuasaan. Surah ini juga dinamakan dengan surah At-Tabarak yang bermaksud Maha Suci.

Apa Isi Kandungnya ?

Antara kandungan dalam surah ini ialah penjelasan mengenai hidup dan mati bagi manusia. Allah menciptakan langit berlapis-lapis dan semua ciptaan-Nya mempunyai keseimbangan. Selain itu, surah ini mengandungi perintah Allah untuk memerhatikan isi alam semesta yang luas lagi indah ini, azab yang diancam kepada orang-orang kafir dan janji-janji Allah kepada orang Mukmin. Di samping itu, surah ini menjelaskan mengenai Allah menjadikan bumi sedemikian rupa hingga mudah bagi manusia untuk mencari rezeki serta peringatan Allah kepada manusia tentang sedikitnya dari kalangan manusia yang bersyukur akan nikmat Allah.

Banyak tak fadhilatnya ?

Surah Al-Mulk ini mempunyai banyak fadhilatnya, kawan-kawan! Baik dari segi surah itu sendiri atau dari segi pahala yang besar dan sebagainya. Antara fadhilatnya ialah ;

1. Surah Al-Mulk memberi syafaat.
--> Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya ada satu surah dari Al-Quran yang terdiri daripada 30 ayat yang dapat memberi syafaat kepada seseorang sehingga dia diampuni iaitu surah Al-Mulk".

2. Penghalang dari seksa kubur.
--> Daripada hadis riwayat Tarmizi; "Daripada Ibnu Abbas beliau berkata: Pernah sebahagian sahabat Nabi memasang khemahnya di atas sebuag kubur. Dia tidak menyangka bahawa itu adalah tanah perkuburan. Tiba-tiba terdengar seseorang membaca surah At-Tabarak sehingga selesai. Maka dia datang kepada Nabi dan berkata "Wahai Rasulullah, aku memasang khemahku di atas kubur, aku tidak menyangka itu tanah perkuburan, tiba-tiba ada seorang lelaki membaca surah At-Tabarak sehingga selesai. Kemudian Rasulullah bersabda; "Surah itu adalah penyelamat yang menyelamatkannya dari seksaan kubur"

3. Dapat menolak fitnah.
--> Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud "Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk pada setiap malam, nescaya katika dia mati tidak akan terkena bahaya beberapa fitnah"

Banyak lagi fadhilatnya! Apa tunggu lagi? Marilah kita sebagai umat Islam yang sejati, mengamalkan Surah Al-Mulk yang suci dalam kehidupan sehari-hari. Wassalam <3

Buat Muslimat ;)


Beritahu pada Muslimah itu,
Dirinya itu ibarat kaca;
Disentuh terguris,
Dihempap berkecai.

Beritahu pada Muslimah itu,
Jaga tutur katanya;
Cakap tinggi nanti dibenci,
Terlalu rendah dipijak pula,
Cakap sombong mengundang lawan,
Hati-hati meluah kata.
INGATLAH,
Kerana santan pulut binasa,
Kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada Muslimah itu,
Jaga tingkah lakunya;
Harga diri terletak disitu,
Jangan meluru mengikut nafsu,
Sesekali tersilap langkah,
Akan selamanya dihukum,
Keturunan dicerca payah,
Menyesal kemudian tiada faedah.

Beritahu pada Muslimah itu,
Jaga etika pakaiannya;
Ia cermin peribadi,
Jaga lambang bangsa, 
Biar dimana kita pergi,
Orang tahu kita Islam.

Beritahu pada Muslimah itu,
Jangan lupa simpan secebis malu,
Kerana malu itu sebahagian daripada iman,
Tetapi malu biarlah bertempat :)


Salam ingatan tanda ukhwah fillah ;>

Semuanya Kerana Ibu كل للأم

Semuanya kerana Ibu

Comes your MOTHER
Who next? Your MOTHER
Who next? Your MOTHER
And then your FATHER 

Aku lahir dari perut ibu..(bukan kata orang, tapi memang benar!)
Apabila aku dahaga, yang susukan aku...ibu
Apabila aku lapar, yang menyuapi aku...ibu
Apabila sendirian, yang selalu disampingku...ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut...ibu
Apabila bangun tidur, aku cari...ibu
Apabila nangis, orang pertama yang datang...ibu
Apabila ingin bermanja, aku dekati...ibu
Apabila ingin bersandar, aku duduk sebelah...ibu
Apabila sedih, yang hanya dapat menggembirakan hatiku hanya...ibu
Apabila nakal, yang memarahi aku...ibu
Apabila merajuk, yang memujukku cuma...ibu

Aku selalu teringatkan...ibu
Apabila senang, orang pertama aku nak beritahu...ibu
Apabila marah aku suka luahkannya pada...ibu
Apabila takut, aku selalu panggil..."Ibuuuuuuuuuu!"
Apabila sakit, orang paling risau adalah...ibu

Apabila aku ingin berpergian, orang yg paling sibuk juga...ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini...ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku...ibu
Yang selalu menyimpan & menguruskan barang-barang ku...ibu
Yang selalu memuji dan menasihati aku...ibu
Apabila aku ingin menikah, orang pertama aku datangi dan minta persetujuan...ibu

Aku ada pasangan hidup aku sendiri...
Apabila senang, aku cari...pasanganku
Apabila sedih, aku cari...ibu
Apabila gagal, aku ceritakan pada...ibu
Apabila aku bahagia, aku peluk erat...pasanganku
Apabila berduka, aku peluk erat...ibuku
Apabila ingin berlibur, aku bawa...pasanganku
Apabila aku sibuk, aku hantar anakku ke rumah...ibu

Selalu...aku ingat pasanganku
Selalu...ibu ingat aku
Setiap saat...aku akan telefon pasanganku
Entah bila...aku ingin telefon ibu
Selalu...aku belikan hadiah utk pasanganku
Entah bila...aku ingin belikan hadiah utk ibuku

        Renung-renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar & bekerja, masih INGATKAH kau pada IBU lagi?
Tidak banyak yang ibu inginkan...
Hanya dengan MENYAPA ibu pun cukuplah"