Wednesday 4 April 2012

Surah Al-Mulk سورة الملك




Jom Berkenalan ! ;)

Surah Al-Mulk mengandungi 30 ayat dan diturunkan selepas Surah At-Tuur. Nama Al-Mulk diambil dari perkataan "Al-Mulk'' yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang membawa maksud kerajaan atau kekuasaan. Surah ini juga dinamakan dengan surah At-Tabarak yang bermaksud Maha Suci.

Apa Isi Kandungnya ?

Antara kandungan dalam surah ini ialah penjelasan mengenai hidup dan mati bagi manusia. Allah menciptakan langit berlapis-lapis dan semua ciptaan-Nya mempunyai keseimbangan. Selain itu, surah ini mengandungi perintah Allah untuk memerhatikan isi alam semesta yang luas lagi indah ini, azab yang diancam kepada orang-orang kafir dan janji-janji Allah kepada orang Mukmin. Di samping itu, surah ini menjelaskan mengenai Allah menjadikan bumi sedemikian rupa hingga mudah bagi manusia untuk mencari rezeki serta peringatan Allah kepada manusia tentang sedikitnya dari kalangan manusia yang bersyukur akan nikmat Allah.

Banyak tak fadhilatnya ?

Surah Al-Mulk ini mempunyai banyak fadhilatnya, kawan-kawan! Baik dari segi surah itu sendiri atau dari segi pahala yang besar dan sebagainya. Antara fadhilatnya ialah ;

1. Surah Al-Mulk memberi syafaat.
--> Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya ada satu surah dari Al-Quran yang terdiri daripada 30 ayat yang dapat memberi syafaat kepada seseorang sehingga dia diampuni iaitu surah Al-Mulk".

2. Penghalang dari seksa kubur.
--> Daripada hadis riwayat Tarmizi; "Daripada Ibnu Abbas beliau berkata: Pernah sebahagian sahabat Nabi memasang khemahnya di atas sebuag kubur. Dia tidak menyangka bahawa itu adalah tanah perkuburan. Tiba-tiba terdengar seseorang membaca surah At-Tabarak sehingga selesai. Maka dia datang kepada Nabi dan berkata "Wahai Rasulullah, aku memasang khemahku di atas kubur, aku tidak menyangka itu tanah perkuburan, tiba-tiba ada seorang lelaki membaca surah At-Tabarak sehingga selesai. Kemudian Rasulullah bersabda; "Surah itu adalah penyelamat yang menyelamatkannya dari seksaan kubur"

3. Dapat menolak fitnah.
--> Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud "Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk pada setiap malam, nescaya katika dia mati tidak akan terkena bahaya beberapa fitnah"

Banyak lagi fadhilatnya! Apa tunggu lagi? Marilah kita sebagai umat Islam yang sejati, mengamalkan Surah Al-Mulk yang suci dalam kehidupan sehari-hari. Wassalam <3