Wednesday 4 April 2012

Buat Muslimat ;)


Beritahu pada Muslimah itu,
Dirinya itu ibarat kaca;
Disentuh terguris,
Dihempap berkecai.

Beritahu pada Muslimah itu,
Jaga tutur katanya;
Cakap tinggi nanti dibenci,
Terlalu rendah dipijak pula,
Cakap sombong mengundang lawan,
Hati-hati meluah kata.
INGATLAH,
Kerana santan pulut binasa,
Kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada Muslimah itu,
Jaga tingkah lakunya;
Harga diri terletak disitu,
Jangan meluru mengikut nafsu,
Sesekali tersilap langkah,
Akan selamanya dihukum,
Keturunan dicerca payah,
Menyesal kemudian tiada faedah.

Beritahu pada Muslimah itu,
Jaga etika pakaiannya;
Ia cermin peribadi,
Jaga lambang bangsa, 
Biar dimana kita pergi,
Orang tahu kita Islam.

Beritahu pada Muslimah itu,
Jangan lupa simpan secebis malu,
Kerana malu itu sebahagian daripada iman,
Tetapi malu biarlah bertempat :)


Salam ingatan tanda ukhwah fillah ;>